MAHATHIR PEMBOHONG BESAR!!



Adakah keterlaluan jika dirumuskan Tun Mahathir Mohamad tidak mempunyai banyak kuasa selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri? Kesimpulan ini mungkin boleh dibuat berasaskan  nilai “pengakuan” beliau sendiri dalam buku kisah hidupnya, “Doctor in the house”.

Atau, adakah Mahathir sekadar berbohong untuk menutup pekung di dada dan menghalalkan segala penyelewengan kuasa, pemborosan dan rasuah dan kronisme yang mewarnai pemerintahan beliau?

Bersandarkan buku “A doctor  in the house”  dan pengakuan Mahathir sendiri, mantan perdana menteri itu mahu awam percaya bahawa bukan keputusan beliau memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1988.

Malah beliau juga tidak bertanggungjawab ke atas penangkapan lebih seratus orang aktivis masyarakat dan ahli politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri menerusi Operasi Lalang pada tahun 1987.

Dalam buku nukilannya sendiri, Mahathir meletakkan beban pemecatan Salleh Abas kepada mantan Sultan Johor Al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar.

Almarhum yang mangkat tahun lalu, kononnya mendesak Mahathir selaku Perdana Menteri ketika  itu untuk memecat Salleh.

Selain itu Mahathir, mengikut pengakuannya sendiri, terpaksa akur desakan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar untuk melancarkan Ops Lalang.

Mungkin perlu ditambah kepada pendedahan Mahathir itu adalah  tema yang sering dikitar oleh beliau, bahawa  Anwar Ibrahim kononnya “menggadaikan” negara apabila  berurusan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF.

Mahathir mahu rakyat mempercayai bahawa walaupun menjadi  Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri atau dalam erti kata lain, orang paling berkuasa di Malaysia,  beliau  tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menegur Anwar mengenai tugas-tugasnya.

Mahathir juga mahu kita mempercayai bahawa beliau TIDAK  sama sekali mengarahkan Petronas menggunakan hasil minyaknya untuk membeli kapal-kapal tangki  bernilai lebih RM1bilion untuk menyelamatkan  anaknya Mirzan ketika kemelesetan ekonomi 1997.

Begitu juga dengan keputusan Petronas untuk membiayai projek-projek seperti pembinaan Putrajaya, Lapangan Terbang KLIA dan sebagainya.   Kesemua pelaburan berjumlah lebih RM100 bilion ringgit itu itu adalah berasaskan keputusan dibuat oleh pengurusan Petronas sendiri dan bukan atas kehendak Mahathir.

Jadi rakyat tidak boleh dipersalahkan jika merumuskan Mahathir adalah seorang Perdana Menteri yang mengaku dirinya sebagai tidak mempunyai kuasa dan hanya mentadbir di bawah telunjuk pihak lain.

Semalam,  ketika melancarkan buku nukilannya itu, Mahathir berkata beliau mengambil masa lapan tahun menulisnya dan menunggu masa sesuai sebelum melancarkan buku itu.

Amat mendukacitakan Almarhum Sultan Mahmud sudah mangkat dan tidak dapat membela diri terhadap tuduhan Mahathir bersabit pemecatan Salleh Abas.  Pemecatan beliau bersama lima hakim kanan yang lain masih menjadi detik hitam dalam sejarah perundangan negara.

Mahathir mengelak daripada memikul  tanggungjawab mencalar dan menghakis kewibawaan sistem kehakiman negara tetapi sebaliknya menyalahkan seorang Sultan yang sudah mangkat.

Dalam kes Anwar, Mahathir mengelak untuk memberi keterangan di  Mahkamah, tetapi ibarat seorang pengecut, beliau melontarkan fitnah dan tuduhan dan berlindung di bawah payung Umno yang melihat Anwar sebagai musuh politik utamanya.

Mungkin kini sudah sampai masanya  pihak Istana  menegur Mahathir kerana sifat celuparnya mengheret  keluarga diraja Johor semata-mata untuk menghalalkan tindakannya memecat Salleh Abas demi menyelamatkan diri beliau dan Umno pada tahun 1988.

Dan, mungkin sampai masa Mahathir sedar bahawa lebih banyak beliau bercakap, lebih terserlah pembohongannya.

Bajet Kencing 1Malaysia



DIMANAKAH RELEVEN & RASIONALNYA BAJET 2013 YG DI BENTANGKN OLEH NAJIB INI MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA UMUMNYA ???

BR1M KEDUA RM500 HY SEKALI DPT CUKOPKAH BUAT ANDA SEKELUARGA DGN KOS SARA HIDUP SKRG YG TLH MNINGKAT TINGGI ???

APA RASIONALNYA BG REBAT RM200 BUAT ANAK MUDA BELI SMART PHONE ??? BENDA TU BG MANFAAT APA BUAT ANDA UTK JANGKA MASA YG PANJANG ???

TAHUKAH ANDA SEMUA BETAPA RATUSAN RIBU MAHASISWA/SISWI YG MSH MGANGUR TIDAK PEROLEH PEKERJAAN HGG KINI ??? DIMANAKAH PERANAN & TGGJAWAB GOV DLM MYELESAIKAN SOAL-ISU INI ???

DIMANAKAH UNTUNG-KEBAIKANNYA BUAT JUTAAN PEKERJA SWASTA YG LSG TIDAK MENDAPAT KEUNTUNGAN YG SM ADIL DGN PEKERJA AWAM YG SECARA TOTALNYA MNDAPAT PELBAGAI KEMUDAHAN TANPA SBRG MSLH BAIK MLALUI PINJAMAN BANK & SBGNYA ???

ANDA FIKIR & NILAIKAN SENDIRI ~

UNDI ANDA MEMBAWA SERIBU ERTI BUAT PERUBAHAN MASA DEPAN NEGARA KITA. JGN TERUS BIARKAN MALAYSIA TERUS HANCUR BANGKRUP DEK KRN PEMERINTAHAN UMNU-BN YG TAMAK & HY M'KAYAKAN KERONI MRK. ABU ! - Danish Farish

KUALA LUMPUR 29 Sept: Penarikan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram akan menambah beban rakyat dan menyebabkan harga barangan keperluan meningkat, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

“Pemotongan dan penarikan subsidi ini sekaligus akan meningkatkan harga barang keperluan asas lain seperti minyak, tepung dan sebagainya, kerana segala komponen keperluan asas berkait rapat dengan gula.

“Apabila harga keperluan asas meningkatkan, ia bermakna kos harian juga akan meningkat sebanyak 10 peratus,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan ke mana penarikan subsidi sebanyak 20 sen itu akan disalurkan.

“Apakah ia akan disalurkan kepada perkhidmatan lain seperti perkhidmatan pendidikan dan petroleum? Atau diisi ke dalam poket mereka (Umno-BN),” soalnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat semalam, mengumumkan pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram.

Najib mendakwa keputusan itu mengambil kira jumlah 2.6 juta rakyat yang menghidap diabetis ketika ini.