Betapa Sayangnya Najib Kepada Israel Dan Apco...

  1. 'Momokan Kristianisasi' - imbas kembali Sabah

    Bagi ahli parlimem Shah Alam Khalid Samad beliau lebih berhati-hati dengan kenyataannya. Jika sebelum ini pendedahan bahawa terdapat penduduk tetap (PR) yang didaftar sebagai pengundi menyaksikan partinya, PAS mempunyai isu menjelang pilihan raya umum akan datang tetapi serbuan gereja berkenaan menjadikan pembangkang lebih defensif. Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor percaya tindakan ke atas masyarakat Kristian itu sesuatu yang bermotifkan politik. "Bagaimana serbuan seperti itu boleh berlaku tanpa pengetahuan anggota exco Selangor mengenai hal ehwal Islam dan Pengarah JAIS - mereka hanya dimaklumkan selepas kejadian itu? Ini menunjukkan kemungkinan ada campur tangan luar," katanya. - berita penuh

    Dr Asri: Ada yang sengaja main isu gereja

    Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyuarakan kebimbangannya terhadap perkembangan isu serbuan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa "diadun" dengan isu politik. Katanya, perkara itu boleh dilihat pada pendirian "pihak berkuasa agama" yang bimbang orang Islam memasuki gereja dan melarang bukan Islam memasuki masjid. "Pihak berkuasa agama bimbang apabila ada orang Islam pergi ke gereja. Risau nanti mereka terpengaruh dengan Kristian. "Peliknya kenapa dulu mereka menghalang orang bukan Islam masuk ke masjid? Apakah mereka juga bimbang bukan Islam terpengaruh dengan Islam?" soal Dr Asri...

Post a Comment